Kamis, 05 Juli 2007

history of hacker

Hasil daripada usaha mencari di ejen-ejen carian dapatlah membuktikan bahawa budaya menggodam ini telah muncul pada sekitar awal tahun 1960an di mana penuntut-penuntut Massachusetts Institute of Technology (MIT) telah menghasilkan 'PDP-1' super computer.Mereka merupakan kumpulan perintis (pioneer) kepada perkembangan teknologi komputer dan mula beroperasi dengan menggunakan komputer 'mainframe' ,iaitu komputer yang mula-mula sekali digunakan untuk tujuan menggodam (hacking).Budaya ini kemudian merebak lebih jauh sehingga tahun 1969, iaitu tahun pertama ARPANET.

Artificial Intelligence (AI) Lab di Massachusetts Institute of Technology (MIT) sering disebut sebagai pusat utama menggodam pada sekitar tahun 1971.Perkembangan Editor Emacs juga berlaku di Lab AI dan telah dipelopori oleh Richard Stallman,seorang tokoh komputer yang mempelopori Software GNU dari Free Software Foundation (FSF).

Perkembangan teknologi komputer bertambah pesat seiring dengan kemunculan ramai penggodam-penggodam di US.Di New Jersey,Ken Thomson dari Bell Laboratories telah mengubah tradisi dunia menggodam dengan penghasilan UNIX.UNIX merupakan aplikasi sistem komputer yang dikatakan sungguh canggih dan mampu untuk membina dan mencipta program.Dennis Ritchie,seorang perintis program,telah mencipta bahasa program yang terbaru yang dipanggil 'C' untuk digunakan di bawah peringkat permulaan perkembangan UNIX milik Ken Thomson.Dan hasilnya,kedua-dua sistem ini amat fleksibel dan mudah untuk digunakan oleh sesiapa sahaja (user-friendly).

Usaha Linus Torvalds (Perintis LINUX, Ogos 1991) pula telah menarik minat penggodam dan secara tidak langsung membantu beliau membangunkan LINUX - 'full-featured' UNIX yang percuma,disebut sebagai 'OpenSource'.LINUX menggunakan standard POSIX dan dibangunkan oleh beratus-ratus pengaturcara (Programmer) di seluruh pelusuk dunia.Jenis-jenis pengagihan (Distro,distribution) LINUX antaranya ialah RedHat Linux, Debian, Slackware, SuSe, Corel dan lain-lain lagi.

Kategori Hacker

Elite - Peringkat yang begitu memahami sistem operasi luaran dan dalaman, banyak mengkonfigurasi dan menyambungkan jaringan secara global, sentiasa mencipta program baru setiap hari, lebih bersikap efisyen dan berketrampilan dalam setiap keadaan. Menggunakan kemahiran yang dimiliki dengan cermat dan teratur. Mereka amat mahir dalam pelbagai jenis keadaan.

Semi Elite - Melihat daripada nama kita sudah mengetahui bahawa mereka golongan awal sebelum sampai ke peringkat Elite. Mempunyai pengetahuan yang baik tentang bidang komputer, mengetahui sistem operasi dan cabang-cabang yang wujud serta mampu mengubah program untuk digunakan dirinya sendiri (exploit).

Developed Kiddie - Pada peringkat ini,mereka boleh dianggap masih berada dalam tempoh mencuba sendiri.Mereka masih baru dalam mempelajari prosedur menggodam serta mencuba pelbagai sistem mahupun program sehingga berhasil.Mereka yang berada dalam peringkat ini masih menggunakan Graphic User Interface (GUI) dan baru berjinak-jinak dengan asas UNIX.

Script Kiddie - Mempunyai ciri-ciri Developed Kiddie dan mempunyai pengetahuan tentang teknik rangkaian (Networking) yang sangat minima.Mereka yang berada dalam golongan ini tidak mampu melepasi GUI dan menggunakan Trojan yang banyak menyukarkan sebahagian pengguna internet.

Lamer - Mereka dalam golongan ini tidak mempunyai kemahiran, pengalaman atau pengetahuan tetapi ingin mencuba menjadi seorang penggodam dan sering digelar 'wanna-be'. Mereka biasanya digolongkan sebagai seorang yang banyak menggunakan komputer dan teknologi untuk permainan (games), Internet Relay Chat (IRC), mencetak rompak aplikasi (software), mencuri kod, juga menggodam menggunakan Nuke dan Dos.

Berdasarkan kategori-kategori di atas, anda berada di mana?

Jadi, adakah anda rasa penggodam adalah seseorang yang sering melakukan kejahatan di dalam dunia internet? Fikir sebaik-baiknya.

Tidak ada komentar: